:: Madah Ilmu dan Hikmah ::

on Ahad, 2009 Mei 03


Berfikir taraf tinggi itu, Ialah berfikir yang dipimpin oleh Jiwa, Hasil fikirannya bak mutiara.

Apa sahaja yang kita lihat di dunia ini boleh mengajar kita, Dengan syarat kita melihat sambil berfikir dan hati berhubung dengan Allah.


Tiga perkara yang orang tidak puas-puas memburunya, Ahli ilmu dengan ilmu, orang yang tamak dengan dunia dan lelaki dengan wanitanya.

Ilmu adalah panduan, harta adalah alat, Kedua-duanya adalah untuk menegakkan kebenaran. Bukan untuk mencari kepentingan dan jauh sekali dari tujuan kesombongan dan kebanggaan.


Apabila ilmu dan amal tidak membuahkan akhlak yang mulia, Ertinya ilmu dan amal itu tiada nilainya di sisi Allah dan manusia.

Ilmu yang memberi manfaat adalah ibarat kawan yang cerdik lagi setia, Ia sentiasa mengingatkan dan memimpin kita ke jalan yang menyelamatkan, Tetapi sangat sukar untuk kita nampak akan adanya.


Membawa harta menyusahkan kita untuk menjaganya, Membawa ilmu menyenangkan jiwa sebab sesiapa pun tidak mencurinya, Jikalau diberikan kepada orang ia akan bertambah, Tidak payah dikawal dan dijaga seperti harta.


Air apabila tidak mengalir akan rosak dan busuk, Begitulah orang yang berilmu apabila tidak berjalan dan bermusafir ia akan jumud dan beku.


Sumber ilmu ialah mendengar, melihat, berfikir, membaca dan dari hati.

Biar sedikit cakap, banyak amalan, Biar sedikit berbincang tetapi membuahkan kesepakatan, Biar sedikit ilmu asalkan menjadi panduan.


Buah akal ialah ilmu pengetahuan, Buah jiwa atau hati ialah iman, Buah Fizikal ialah kemajuan, Alangkah indahnya kalau ketiga-tiga ini melahirkan buah di dalam kehidupan.


Alim lisan, pandai bercakap, tidak berbakti, Alim hati, kurang bercakap, banyak berbakti, Alim lisan dan hati, bercakap dan beramal sama selari

:: Kenapa Kita Hidup? ::


Persoalan ini adalah persoalan yang mesti dijawab oleh semua orang dengan tepat dan berhati-hati. Tepat jawapannya, maka tepatlah matlamat hidup yang dipilih olehnya. Salah jawapannya, salah pulalah matlamat hidup yang dituju oleh seseorang. Melihat kepada kelompok manusia yang berbagai-bagai ragam dan nama, kita akan dapat mengagak secara kasar apakah tujuan dan matlamat hidup mereka. Namun secara umum, melihat kepada sikap mereka, manusia diseluruh pelusuk bumi ini menjadikan hidup mereka untuk:

1. Makan, minum, berumahtangga, beranak pinak dan tua, kemudian mati. Kerana itu persoalan hidup mereka ialah bagaimana mencari duit untuk dapatkan keperluan-keperluan tadi. Halal, haram, wajib atau pun sunat, tidaklagi diperhitungkan. Tuhan tidak penting bagi mereka.

2. Ada yang hidup mengejar pangkat dan kuasa. Orang lain habis dipijak dan dianiaya. Yang penting dirinya berjaya. Soal keperimanusiaan sudah tiada. Yang ada matlamat pangkat dan kuasa. Soal Tuhan belakang kira.

3. Ada sekumpulan manusia yang hidupnya hanya membanggakan diri dan mencari kemuliaan diri. Atas tujuaan ini, mereka mencari ilmu, kekayaan dan mencantikkan diri. Mereka menggunakan segala peluang yang ada hingga timbul hasad dengki, marah, fitnah, tipu, menindas dan lain-lain kejahatan yang sudah tidak terkawal lagi. Hilang lenyap perpaduan, kasih sayang dan bantu membantu di kalangan manusia. Hidup nafsi-nafsi, sentiasa tegang dan hati sakit sekalipun berada di dalam satu parti. Umpama pokok-pokok kayu di hutan yang melepaskan pucuknya tanpa peduli.

Inilah hidup manusia hasil daripada matlamat hidup yang mereka pegangi. Hidup tidak ubah seperti haiwan yang tidak ada tamadun dan peradaban yang tinggi. Gagal menempuh kemuliaan tetapi jatuh hina ke taraf haiwan dan tumbuh-tumbuhan malah lebih hina daripada itu.

Firman Allah:

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jhannam) kebanyakan daripada Jin dan Manusia. Mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakan oleh mereka untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (Al A'raf: 179)

"Telah nampak kerosakan di daratan dan di lautan di sebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan azabNya kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar) ." (Ar Rum : 41)

Matlamat belum tentu tercapai tetapi keburukannya telah menjadi penyakit yang berbagai-bagai yang menimpa masyarakat. Melihatkan hal ini sepatutnya manusia mula memikirkan kembali di mana silapnya dan apa jalan keluar daripada kesilapan ini. Untuk itu, manusia perlu jelas matlamat hidupnya iaitu untuk mengabdikan diri kepada Allah dan menjalani hidup sebagaimana yang telah Allah perintahkan.

Firman Allah:

"Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah, Tuhan sekaluan Alam." (Al An'am: 162)

"Tidak Aku jadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu." (Az Dzariyat : 56)

Apabila hidup kita untuk Allah, ertinya apa jua tindakan kita, percakapan kita, fikiran kita dan hati kita, semuanya dalam menegakkan hukum Allah. Segala-galanya diatur dan disusun dengan begitu cantik agar kita tidak jatuh ke taraf yang hina sebagaimana haiwan. Selamatlah hidup kita di dunia dan selamat juga di akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin.

:: Wake up Your Monster ::

on Sabtu, 2008 Disember 20

Salam Motivasi

Pernahkah anda mendengar formula 3E Dr.HM Tuah? Kali ini saya ingin mengulas sedikit tentang salah satu E dalam formula ini. 3E merangkumi Extramind, Extramild dan Extramile.
Jom, bersama saya meneroka sedikit tentang Extramile. Nak tahu banyak2, kena jumpa Dr.Tuah lah yer..=)..

Extramile
Arus pemikiran manusia ada 4; beta, alpha, theta dan delta. Biasa dengar? Dalam sains/biologi ada dipelajari. Arus Extramile adalah Beta. Beta berada di tahap paling power, paling tinggi dan hebat. Ketika kita mengamuk, arusnya Beta. Ketika kita study 'gila' hingga larut malam, arusnya Beta. Ketika kita frust gila pun arusnya Beta. Pendek kata beta adalah pada tahap kita bersemangat sangat2...

Apa kaitan arus Beta dengan Extramile pulak ye? Ha, Extramile boleh dimaknakan sebagai Kuasa Lebih3 Jauh...Kalau bawak kereta tu, boleh sampai beribu2 KM dalam masa 3 jam..Wah,hebat tak?..Beta semasa kita Bersemangat...Semangat itulah Extramile...Macam mana pulak nak dapatkan Extramile ye?...Jom..kita perlu kejutkan 'someone'...

Wake Up Your Monster

Kita ada bela 'sesuatu' atau 'makhluk' ke dalam diri kita?...Tengok, kalau orang kena sampuk..semangatnya melampau2 power..mata pun merah menyala..Kita kena bela 'makhluk' juga ke kalau nak dapatkan Extramile dalam diri?...

Eh, tak perlu. Dalam badan kita sudah ada gergasi pun. Tahu tak?..Dalam badan kita ini ada gergasi yang sedang tidur. Tugas kita kejutkan gergasi itu untuk dapatkan banyak kebaikan yang boleh dilakukan oleh gergasi berkenaan. Kalau dia bangkit, kita akan power macam gergasi itu..Hebat tak kita nanti?..Hebat2...Tapi..macam mana nak kejutkan?..Payah juga ye...

Set Your Mind

Ha, cara nak kejutkan gergasi dalam diri kita ini, mind setting kita penting. Sentiasalah berfikiran positif dan optimis dengan diri sendiri. Cakap pada diri..'Aku Boleh Buat!', 'Aku Hebat!', 'Aku Power!' Cakaplah apa2 sahaja asalkan menunjukkan kita bukan lemah!...Kalau cakap 'Ala, aku ini ditakdirkan bodoh, nak buat macam mana?' ...sampai bila2 pun gergasi kita tak kan bangun2..lagi syok tidur kena tepuk,kena dodoi camtu...Rasakan diri kita 'BOLEH"...secara automatik kuasa minda berubah, semangat kita hadir..Gergasi kita bangun..
Gergasi itulah dalaman kita, semangat..Semangat itulah Extramile...

Tapi awas, jangan sampai lupa diri..sehingga perkecilkan orang lain..Sangka diri hebat untuk dapatkan Extramile...Bukan untuk menunjuk2 pada orang lain, Janganlah pula jaja pada orang lain...'Kau tahu tak, aku ini hebat! Boleh buat apa sahaja!'..Jangan!..Itu dah sampai tahap bangga diri..Cukuplah cakap pada diri sendiri..biar telinga sendiri mendengarnya...

Tapi janganlah sampai riak pulak...Kena ingat..Setiap yang kita lakukan mestilah dengan bersama Kuasa Tuhan..Takdir Tuhan..Allah kan menilai kita melalui setiap usaha kita...Jadi, kejutkan gergasi kita ini dikira sebagai usahala kan..Sudah kejutkan gergasi anda??...

Biar 'Monster' Dukung Kita

Ada sms, "Kadang-kadang jiwa ini perlukan sesuatu, tapi aku tiada kekuatan untuk mencapainya, aku lemah."

Kata Dr.Tuah, inilah dikatakan menepuk punggung gergasi, mendodoi gergasi supaya lebih lena tidurnya. Sudah tahu jiwa perlukan sesuatu, tapi selalu sebut pada diri bahawa diri aku ini lemah dan tak mungkin mencapainya...Ai..semakin lenalah gergasi itu..
Kenapa bila rasa diri lemah, kata aku ini lemah..ha..cuba tukar..kata aku tak lemah.Siapa kata aku lemah? Siapa kata aku tak okay? Aku okay jer..Ha, kan lebih baik..kan mengejutkan dalaman kita itu..gergasi kita itu..

Mengejutkan gergasi kita adalah satu elemen dalam formula 3E untuk dapatkan Extramile, perbatuan lebih jauh dan luar biasa. Tiada ruginya membangkitkan semangat kita...

Ramai berkata "Setiap pagi, saya bangun rasa malas je nak pergi kerja, nak pergi sekolah,nak pergi kuliah, itu yang jadi terbarai semua kerja, terbarai semua tumpuan dalam belajar"

Kata Dr.Tuah, " Bukan malas, sebab tak kejutkan gergasi yang ada dalam diri. Kita sudah bangkit,bangun tetapi gergasi masih tidur. Maka kita yang membawa gergasi yang berat itu, yang masih lena itu, mendukung gergasi itu. Sepatutnya gergasi yang bawa kita. Barulah kita rasa power!"

Jadi..apa lagi..Kejutkan Gergasi dalam Diri Anda...Biar Gergasi dukung Anda...Untuk dapatkan Extramile..perbatuan yang luar biasa..semangat yang luar biasa hebanya...minda berada di tahap Beta...bukan delta..Ayuh, kita membina diri bersama!!...

Alhamdulillah Selesai Orientasi

on Khamis, 2008 Disember 18

Detik 5 Disember 2008

Walau telah 2 minggu lebih Program Orientasi Guru Siswazah Sandaran Terlatih, tangan ini baru berkesempatan untuk mencoret sedikit pengalaman selama sebulan pertama di SMKTPG..

Pada awalnya, di peringkat JPS menyatakan orientasi adalah 2 minggu, kami, guru-guru baru melonjak gembira..=)..tidak lah terlalu lama..tetapi kemudian jangka masa ditetapkan telah dilanjutkan selama sebulan kemudiannya..sedih,kecewa mestilah bertandang di hati-hati kami, tambahan pula dalam kepala masing-masing sudah ada perancangan hidup tersendiri..apa yang boleh kami buat, batalkanlah ajer apa yang dirancang....hmmm...

Apa pun, 2 minggu tidaklah terlalu lama kan, pejam celik sudah hampir sebulan kami di sekolah..Banyaklah yang kami dapat pelajari sebagai warga baru di sekolah ini. Sebulan, mustahil untuk kami dapat mempelajari dan menguasai semua..Sekarang ini, bukan lagi masa untuk hanya belajar baru bertindak..tetapi kita buat kerja 'on job training'...Terima kasih buat pihak pentadbiran yang banyak membimbing,Pengetua,En,Nordin, Tn.Hj.Jumiran dan Kak Liza serta guru2 dan staf2 lain yang banyak membantu kami yang baru ini...

Tidak boleh lupa, hari terakhir orientasi 5 disember lepas..kami kena 'present' teras PIPP..tanya kawan2 sekolah lain, tiadalah pulak..=)..But it is learning process..Kebetulan kami 6 orang guru baru, jadi setiap orang mengambil 1 teras untuk dibentangkan..Ingatkan hanya bentang depan Tn.Hj.Jumiran dan Kak Liza, rupanya jadi seperti majlis rasmi..berdebar-debar..almaklumlah dah lama tak bentang2 ni..Alhamdulillah semua berjalan lancar walau tanpa kehadiran seorang kawan, Wan Rosida kerana tidak sihat..Tahniah buat Tn.Hj.Jumiran kerana menyusun jadual kami dengan cukup baik dan sangat bermanfaat buat kami...Seronok selepas menerima sijil program orientasi ini..selesai juga akhirnya..kepala dan hati dah terbang ke kampung,terengganu waktu itu..tak sabar2...Dan terima kasih untuk jamuan ringkas, nasi lemak yang enak dan lazat...
Jom 'Refresh' 6 Teras Strategik Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) :

Teras 1 Membina Negara Bangsa
Teras 2 Membangunkan Modal Insan
Teras 3 Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Teras 4 Merapatkan Jurang Pendidikan
Teras 5 Memartabatkan Profesion Keguruan
Teras 6 Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

Terima Kasih banyak buat pihak pentadbiran juga tidak lupa pada Pn.Hjh Munah kerana bagi kami tumpang kat hostel,umah warden selama sebulan..(",)..
Terima kasih pada Azhari,Lilian,Wan,Shakirah dan Herda...seronok bersama kalian..selepas ini belum tentu lagi bertugas bersama..rindu pulak korang semua cuti-cuti bersama..yang best time makanlah kan...

~Bercuti seketika untuk cas bateri baru melangkah sebagai guru Januari depan, 2009~


PENGURUSAN KERJA DAN WAKTU

on Rabu, 2008 November 26



Oleh : Amin Idris

‘ Kita tidak akan pandai jika tidak mahu mencari, dan tidak semestinya kita perlu bergantung kepada kelompok atau kawan-kawan semata2… oleh itu, kita sendiri perlu mencari nilai tambah untuk komuniti. Kita perlu versatile samada dari sudut akademik, pembacaan dan sebagainya. Kebanyakannya kita biasanya MALAS kerana dipengaruhi oleh faktor URUS KERJA dan MASA. Hari demi hari, kerja semakin bertambah tetapi masa yang dimiliki tetap 24 jam sehari!!! Adakah anda mengeluh tidak cukup masa???? Cuba ada fikirkan, ada apa pada 1 minit??? ’

Em…. Aktiviti yang dilakukan untuk sesi ‘muhasabah’ ini ialah anda diminta berdiri, pejamkan mata dan selepas anda rasa dah CUKUP 1 MINIT, baru anda duduk di kerusi masing2…. Bagaimana??? Lama x?? Em..Baru kita sedar sebenarnya 1 minit itu sangat lama… Muhasabah untuk aktiviti ini… Kita sebenarnya telah rugi 1 minit, dan ini bermakna kita sebenarnya tidak tahu lagi kepentingan masa. Allah s.w.t telah bersumpah dengan masa ‘ Waddhuha’…’Walfajj’…’Wal ‘ass’ dan ini menunjukkan bahawa masa itu sangat penting.. Oleh itu, jangan memandang rendah pada 1 minit!!!

Jadi…apa yang perlu dilakukan???

1. KENALPASTI PEMBAHAGIAN HIDUP

Maksudnya senaraikan aktiviti yang biasa kita lakukan seperti bersukan,belajar, solat, kemas rumah etc.

Sebabnya kita perlu tahu apa yang kita biasa buat dan seterusnya buat LOG MASA!!!

2. SELAMATKAN MASA DARI ‘ PENCURI MASA

Cuba kita nilai berapa lama yang kita ambil untuk makan, mandi, pakai baju, mengumpat pok pek pok pek?? 10 minit?? Setengah jam?? 1 jam??

Setkan masa untuk setiap aktiviti yang dilakukan dan BERDISIPLIN!!!

Buat D.T.A (Duduk, Tulis, Atur) untuk ape yang perlu dibuat setiap hari.

3. RANCANG HIDUP KITA

Ini perlu dilakukan sebelum tidur :

Senaraikan tugasan mengikut KEUTAMAAN!!

Tetapkan masa, di mana dan bagaimana?

Jangan kufur nikmat, sekarang nie teknologi dah canggih.. boleh je tulis dalam handset tu….

SELF-REWARD kalau kita berjaya me’nyetel’kan kerja kita, dan PUNISHMENT kalau yang sepatutnya dibuat x dibuat!!

Elakkan melakukan sesuatu yang URGENT, susun mengikut susunan yang betul dan untuk mengelakkan Urgent, JANGAN lah suke BERTANGGUH!!!

Jangan jadi LONE RANGER, sepatutnya kerja kena berpasukan

1. ISI MASA YANG TERSEMBUNYI

­Sambil2 tunggu giliran, tunggu bas, tunggu nasik, tunggu lecturer, tunggu SMS yang tak sampai2 tu….apa salahnya baca buku ke, nota kuliah ke…

2. JADILAH ‘PENCURI MASA

Ha, kalau tadi jangan jadi pencuri masa sekarang nie kita kena jadi pencuri masa plak??? Macam mana tu???

Maksudnya kat sini…manfaatkan KUASA SINERGI melalui KERJASAMA

Kalau ikutkan suatu kerja tu siap setengah jam tapi sebab ada sinergi..so ianya mempercepatkan keje kite…. Di samping mengurangkan beban kerja orang…


Bicara Luqmanul Hakim


Hai anakku! Orang-orang yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat maka dirinya akan mendapat penjagaan daripada Allah; orang yang membolehkan dirinya insaf dan sabar menerima nasihat orang lain, tandanya ia akan sentiasa menerima kemuliaan daripada Allah; berasa hina diri dlm ibadat dan bertaat kepada Allah Taala akan menimbulkan rasa lebih dekat kepadaNya dan boleh menghindarkan diri daripada maksiat.

Hai anakku! Jauhkanlah dirimu daripada berhutang; sesungguhnya berhutang itu menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

Hai anakku! Kalau engkau berteman, tempatkanlah dirimu sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripada temanmu itu, dan pasti dia akan selalu mengharapkanmu.

Hai anakku! Engkau sudah merasakan bagaimana beratnya membawa batu yang besar, besi yang berat dan lain-lain yang sangat berat, tetapi akan lebih berat lagi dari itu, bila kau mempunyai tetangga yang jahat.

Hai anakku! Engkau jauhilah bersifat dusta, sebab berdusta itu enak sekali mengerjakannya, seperti enaknya memakan daging burung; walau sedikit sahaja berdusta, akibatnya tetap akan memberi bahaya.

Hai anakku! Kalau bertemu dua perkara, antara menjenguk orang mati dengan menghadiri majlis perkahwinan maka pergilah menjenguk orang mati, sebab akan mengingat diri pulang ke kampung akhirat, sedang menghadiri pesta kahwin hanya mengingatkan diri kepada kesenangan duniawi sahaja.

Hai anakku! Janganlah engkau makan sampai berlebih-lebihan. Sesungguhnya memberi makanan yang engkau makan sampai kenyang berlebih-lebihan itu kepada seekor anjing adalah lebih baik daripada engkau memakannya.

Hai anakku! Janganlah engkau terus-menerus menelan kerana manisnya sesuatu, dan jangan pula lekas engkau muntahkan kerana pahitnya..(yang manis itu biasanya mendatangkan penyakit, sedang yang pahit bisa menjadi ubat)

Hai anakku! Makanlah makanan bersama-sama dengan orang-orang yang bertaqwa kepada Allah, rundingkanlah urusanmu dengan alim ulama (dengan cara meminta nasihat kepadanya)

Hai anakku! Bukanlah baik namaya bila engkau selalu mempelajari segala macam ilmu yang belum engkau ketahui, sedang ilmu yang sedang diperoleh belum lagi engkau amalkan. Hal seperti ini tak ubahnya seperti perbuatan seseorang yang mencari kayu api, setelah dikumpulkannya lalu dipikulnya tetapi dia tak larat membawanya, namun dia terus menambah lagi.

Karisma kepimpinan - Kualiti istimewa

Oleh Zamri Mohamad

BAGAIMANA memperoleh karisma kepimpinan? Sebagaimana disebutkan oleh Hamka, ia dimaksudkan dalam bahasa Indonesia sebagai cahaya wajah.

Cahaya ini (kuasa karisma) diperoleh daripada dua sumber, iaitu pemberian terus daripada Allah, dan kedua, daripada pergaulan dengan mereka yang mempunyai karisma seumpamanya.

Karisma adalah kualiti istimewa yang wujud khususnya dalam kepimpinan, dan menarik perhatian ramai serta memberi inspirasi dan kecenderungan orang ramai untuk mengikutnya.

Kefahaman terhadap apakah itu karisma, berubah mengikut corak media hari ini. Peranan media telah menukar imej siapakah yang dimaksudkan dengan pemimpin berkarisma dengan meletakan kelompok korporat dalam konteks pemimpin berkarisma moden berbanding maksud yang difahami oleh masyarakat sebelum ini.

Terdapat beberapa elemen yang diperlukan dalam mewujudkan kepimpinan berkarisma. Seseorang harus menyedari bahawa dalam diri mereka mempunyai karisma yang tersendiri.

Namun kepimpinan berkarisma dilihat daripada tiga sudut yang berbeza; karakteristik pemimpin, ciri-ciri pengikutnya dan keperluan suasana. Gabungan ketiga-tiga ciri ini mewujudkan perhubungan dan kepimpinan berkarisma secara bersama.

Ahmad Naim Jaafar, penulis buku Siri-siri Karisma dan Pembangunan Diri, menyenaraikan beberapa karakter penting dalam memenuhi kriteria kepimpinan berkarisma.

- Persepsi manusia membentuk karisma anda.

Isu persepsi sangat penting bagi individu yang melangkah ke dunia kepimpinan.
Persepsi individu-individu sekeliling turut mencorakkan kemampuan seseorang untuk berketrampilan sebagai seorang pemimpin yang sedia untuk diikuti dan dihormati.

Kelompok masyarakat sentiasa menjadi hakim terhadap kepimpinan yang ditonjolkan.
Karakter yang seimbang menjadi faktor pencetus pemimpin berkarisma. Dalam kelompok yang dipimpin, ia tidak sekadar diukur dengan nombor tetapi ia lebih dinilai melalui pandangan seseorang terhadapnya.

- Membina keyakinan diri yang tinggi.

Nilai keyakinan diri yang tinggi menjadi faktor nombor satu dalam membentuk kepimpinan berkarisma.

Sikap percaya kepada diri, tidak mudah jatuh dengan desakan dan kritikan menjadi teras kekuatan pemimpin. Dengan erti kata lain, tidak ada sesiapa yang dapat merendahkan diri seseorang melainkan diri individu tersebut membenarkannya.

- Percaya terhadap idea dan pelaksanaannya.

Kepercayaan sepenuhnya terhadap idea juga menggambarkan siapakah yang dimaksudkan sebagai pemimpin berkarisma. Pemimpin sebegini tidak cenderung menyentuh dan membawa sesuatu yang bersifat teknikal tetapi lebih kepada membina idea-idea umum yang akan dibina bersama kumpulan yang mahir untuk merealisasikannya. Dalam membina idea, pemimpin berkarisma akan membawa kumpulannya dalam mencapai matlamat bersama.

Sejumlah kutipan bukanlah fokus untuk membantu mereka yang memerlukan sebagai teras untuk menggerakkan persatuan, tetapi pemimpin akan membina fokus yang lebih besar dengan meletakkan perjuangan untuk membela nasib mereka yang malang menjadi pencetus kepada bergeraknya persatuan tersebut.

Idea dan fokus umum pemimpin akan seterusnya bertukar kepada tindakan-tindakan pelbagai bagi mencapai sasaran tersebut.

- Tenaga dan semangat yang berterusan.

Pemimpin berkarisma juga memiliki tenaga dan semangat yang tinggi.
Tenaga bukanlah sekadar tenaga fizikal pemimpin semata-mata, tetapi tenaga yang membakar semangatnya untuk terus bertindak dan memimpin serta melontarkan tenaga tersebut dengan semangat kasih sayang terhadap mereka yang dipimpinnya.

- Kemampuan menterjemah idea dan berkomunikasi.

Pada masa yang sama, kemampuan melontarkan keinginan dan kehendak terhadap mereka yang dipimpin, harus menjadi karakter seorang pemimpin berkarisma. Kegagalan dalam melontarkan secara jelas dengan kegagalan menyampaikan melalui komunikasi yang berkesan, menjadi penghalang kepada kerjasama antara pemimpin dan pengikut.

Akibatnya idea-idea yang bermanfaat dalam skala yang lebih luas tidak dapat dimanfaatkan dan diterjemah dalam tindakan susulan.

- Sentiasa membina imej secara aktif.

Pemimpin berkarisma haruslah membina imej secara aktif. Pemimpin bukan sahaja harus melihat dirinya dalam tetingkapnya sendiri, tetapi pada masa yang sama harus meletakan diri dalam tetingkap orang lain.

Pembinaan imej sendiri secara aktif dan langsung memperbaiki kekurangan lahiriah dan batiniah yang pada masa sama memperkemaskan keterampilan pemimpin.

- Bijak membaca perubahan sekeliling.

Kemampuan membaca perubahan sekeliling merupakan keperluan utama untuk pemimpin berkarisma.

Tanpa kepekaan membaca perubahan dan bersedia serta bertindak balas sesuai dengan perubahan tersebut, akan berlaku penolakan antara satu sama lain antara idea pemimpin dan perubahan.

- Mampu memotivasi orang bawahannya.

Dalam memotivasikan orang bawahan, pemimpian berkarisma harus tahu bagaimana mengetengahkan visinya dalam cara yang jelas dan mudah difahami.

Dengan kayu ukur dan matlamat yang jelas, menjangkakan yang terbaik, memberi perhatian kepada orang bawahan, memberi ganjaran yang sewajarnya, kemampuan menyampaikan mesej melalui cerita yang berkesan, meraikan kejayaan bersama dan menjadi model ikutan orang bawahannya.

Kesemua ini akan memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak dan dalam membentuk kepimpinan Muslim berkarisma yang cemerlang melalui acuan ini, ia memberi keuntungan dan ganjaran bersama kepada ummah untuk menikmati bersama.