Melangkah Ke SMKTPG

on Selasa, 25 November 2008

Detik 10 Nov 2008

Tangan menggeletar, hati berdebar untuk membuka surat tawaran penempatan setelah selesai taklimat dan lapor diri di Kelab Shah Alam, 10 nov 2008..SMK Telok Panglima Garang, disitulah ku ditempatkan bersama 6 lagi guru baru yang akan melapor diri di sekolah. Nama sekolah ini seperti 'familiar' didengari, tapi ku turut tak pasti..Pernah masuk TV.....

Azhari,Shakirah,Wan,Herda dan Lilian adalah teman-temanku..Seronok bersama menempuh orientasi selama sebulan..Sarapan pagi sentiasa dibawa oleh mama Shakirah..(",)..tak pasti selepas ini kita akan bersama atau tidak.Ada yang bertugas sesi pagi dan ada yang petang..

Pengetua,En.Nordin yang baik dihormati dan disegani..GPK Tn.Hj Jumiran ibarat seorang ayah membimbing kami,K.Herliza kaunselor sekolah merangkap setiausaha orientasi banyak membantu kami..Banyak pengalaman diperolehi serba sedikit sebagai warga baru..Menguruskan kerja sekretariat unit Hem bersama Pn.Hjh Munah (Terima kasih benarkan kami menumpang di asrama),unit ko-kurikulum,Pn.Hjh Rahimah..Pengurusan rekod slip kerja buku2 di PSS di bawah bimbingan Cikgu Maimon dan K.Ifah..Pengurusan buku rekod akademik pelajar bawah penyelia petang, Cik Aspalaili...Bimbingan membuat blog oleh Cikgu Shela dan sesi bersama kaunselor yang banyak pengalaman selama 7 tahun di SMKTPG, En.Hamid..Banyak lagi yang bakal kami tempuhi..Apa jua cabaran..perlu sabar dan tabah dilalui..kerana guru bukanlah sebuah tugasan tapi adalah sebuah tanggungjawab..

..Keselesaan yang membuatkan mata kita terlena adalah lebih merbahaya daripada gempa bumi yang membuatkan mata kita terbuka...


3 ulasan:

hakima berkata...

selamat berjuang ye cikgu aimi..

perjalanan yg jauh itu bermula dgn langkah pertama...selamat merancang dan men'cemerlang'kan langkah pertama itu...

Melakar Cinta Firdausi berkata...

Terima kasih hakima-san..
semoga kita mampu merancang dan sedaya melaksanakan..
sesungguhnya kebatilan yang berperancangan akan menumbangkan kebenaran tanpa perancangan..moga kita tergolong dalam golongan yang merancang demi kebenaran..

Iena berkata...

selamat datang......:))))