Menurut Socrates : Kenali Diri

on Rabu, 26 November 2008

Menurut Socrates,langkah pertama untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan adalah mengenal diri sendiri.Siapakah diri kita?Apakah kemampuan kita?Kenapa kita dijadikan dan siapa yang menjadikan kita?Manakala ahli falsafah Islam telah merumuskan bahawa barang siapa yang kenal dirinya nescaya kenallah ia akan Tuhannya.


Saidina Ali ra pula pernah berkata;
” Dirimu ini hanyalah kecil sahaja,tetapi dalam diri yang kecil ini engkau dapat melihat alam yang besar”.
Socrates sekali lagi menegaskan,”Alam adalah manusia besar,dan manusia adalah alam kecil”.

Akhirnya dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Ibni Hajar al-Asqalani,Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
“Tidak ada seorang pun hamba di dunia mahupun di syurga akan menjadi mukmin yang sebenar melainkan apabila dia hampir dengan Allah swt.Dia tidak akan hampir dengan Allah swt melainkan lidah dan tangannya selamat dari menyakiti orang lain.Dia juga tidak akan menjadi muslim yang sebenar melainkan dia adalah seorang yang berilmu (alim).Dia bukanlah seorang alim yang sebenar melainkan dia mengamalkan ilmunya.Dia bukanlah pengamal ilmu yang sebenar melainkan dia seorang yang zahid.Dia tidak akan mencapai taraf zahid melainkan dia seorang yang warak.Dia tidak akan mencapai tahap warak melainkan apabila dia benar-benar mengenali dirinya.Dan dia bukanlah seorang yang benar-benar mengenali dirinya melainkan dia tahu apa yang diperkatakannya.”

Mengenali Hakikat Kejadian Manusia.

Manusia selalunya dikatakan mempunyai 3 unsur penting di dalam dirinya iaitu jasmani, aqli dan rohani.Setiap unsur–unsur ini mempunyai makanannya.Bagi melahirkan manusia yang seimbang,unsur-unsur ini hendaklah disuap dengan makanan yang telah ditetapkan oleh Penciptanya iaitu Allah swt.Manusia akan menjadi rosak binasa sekiranya unsur-unsur ini diracuni dengan pengisian yang memudaratkan.

1.Jasmani (Fizikal).

Iaitu tubuh badan yang sihat dan bersih.Ia merangkumi bahagian manusia yang dapat dilihat oleh pandangan mata kasar dan bahagian yang tersembunyi di dalamnya.Makanan bagi fizikal ialah keperluan lahiriah merangkumi makanan yang sihat dan berzat,pakaian yang bersih dan menutup aurat,persekitaran yang nyaman dan harmoni,tempat tinggal yang selesa dan aktiviti yang cergas.

Islam menuntut disiplin kehidupan dengan menuntut pemakanan yang halal dan bersih,berpuasa di bulan Ramadhan dan sebagainya.Ini kerana penjagaan tubuh badan memberi kesan kepada kedua unsur-unsur Iaitu mental dan rohani.Justeru,Islam mengharamkan arak kerana ia boleh merosakkan mental dan merangsang manusia melakukan maksiat.Pemakanan yng halal memastikan darah daging yang bersih bagi memberi kesan kepada rohani yang bersih,mntal yang sihat dan zuriat yang baik.Ini disebut di dalam sebuah hadith yang bermaksud:

“Dari Abu Hurairah ra berkata,Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah Taala itu baik,tidak Ia terima melainkan yang baik.Dan sesungguhnya Allah memerintah orang-orang mukmin dengan apa yang Ia perintahkan kepada sekalian Rasul.Maka Allah Taala berfirman :”Hai sekalian Rasul?Makanlah dari segala yang baik-baik yang telah direzekikan kepada kamu”.Kemudian ia menyebut seorang lelaki yang menghulurkan dua tangannya ke langit (berdoa): “Hai Tuhanku!Hai Tuhanku! Padahal makanannya haram,dan (mulutnya) disuapkan dengan yang haram;maka bagaimanakah akan diperkenankan baginya!” (Hadith Riwayat Muslim)

2. Akal Dan Mental.
-Iaitu minda yang baik dengan pemahaman dan pemikiran yang baik.Ia bukan sahaja dilihat daripada kemampuan otak yang cerdik dan cerdas IQ-nya,tetapi akan yang mempunyai firasat dan pemahaman yang berlandaskan pemikiran dan pemahaman Islam yang sebenarnya.Maka,ia memerlukan pengisian yang keilmuan yang tinggi dan seimbang dari segi ilmu fardhu ‘ain dan ilmu-ilmu lain.
Justeru,proses ta’lim dalam menuntut ilmu diperlukan bagi mendidik akal manusia supaya mampu mengimbangi unsur-unsur fizikal dan rohani.Rasulullah SAW telah bersabda dalam menunjukkan kepentingan ilmu kepada manusia:

“Sesiapa yang mahukan dunia maka hendaklah dengan ilmu,sesiapa yang mahukan akhirat maka hendaklah dengan ilmu,dan sesiapa yang mahukan keduanya maka hendaklah dengan ilmu.”

3. Rohani (Hati)
-Unsur ini merupakan unsur yang terpenting dan menjadi pemimpin kepada unsur lain dalam mentadbir haluan manusia.Dari hati ia akan menyelaraskan jasmani yang bersih,emosi yang stabil dan pemikiran yang waras.Hati yang dimaksudkan ialah hati yang mampu berkata-kata mengerakkan segala inderadan mempunyai makna diri manusia itu sendiri.Bagi mendidik roh ia memerlukan tarbiyyah. Tarbiyyah dilakukan dengan melakukan ketaatan kepada Allah SWT dalam erti kata melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangannya dengan sebenar-benar penghayatan.Bagi menambah nilai kerohanian yang wujud ialah dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui amalan-amalan sunat serta melakukan kebajikan.

“Dari Abu Hurairah An-Nu’man bin Basyir ra katanya,aku mendengar Rasulullah SAW bersabda;Sesungguhnya yang halal itu nyata dan haram itupun nyata dan diantara keduanya adalah perkara-perkara yang kesamaran,yang tidak diketahui oleh kebanyakkan manusia.Maka barangsiapa memelihara diri dari perkara kesamaran,sesungguhnya ia memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang jatuh di dalam kesamaran jatuhlah ia ke dalam yang haram seperti seorang pengembala di sekeliling kawasan larangannya.Ketahuilah!Bahawa larangan Allah SWT ialah segal yang haramnya.Ketahuilah!Bahawa di dalam badan ada seketul daging,apabila ia baik,baiklah badan seluruhnya dan apabila rosak,rosaklah sekaliannya.Ketahuilah! Itu yang dikatakan hati.”
(HR Bukhari dan Muslim)

0 ulasan: